Sunday, October 23, 2011

Kisah Di Belakang Lori...

Kisah ini berlaku kepada penunggang motosikal.
Pada kebiasaannya pabila dibelakang lori akan terdetiklah hati untuk memecut dan memotong lori tersebut. ish ish ish tak sopan punyer kan, lagipun sangat merbahaya. Kalau dibelakang lori tersebut pun bahaya jugak, pasal tu la nak potong jugak..

Kenapa teringin sangat nak memotong lori tersebut,adakah kerana nak tunjuk kehebatan pemanduan motosikal?, ataupun adakah nak ajak lori itu berlumba?, ataupun nak tunjukkan kehebatan bunyi enjin/ekzosnya ???
Semua ini kurang logik sebab motosikal bukanlah jenis yang hebat2 nye pun..
kalau saya sendiri guna motosikal yang biasa2 punyer,tapi adalah jugak membuat aksi memotong lori2 yang besar...tapi tak baik kita ulangi...

Disebalik perbuatan ahli-ahli yang kepingin memecut dan memotong kenderaan jenis berat ini termasuk saya sendiri lah hehe ada sebabnya...

Nak tau sebabnye???
ada beberapa perkara saya berbuat sedemikian jeng jeng jeng ;
1. Mata dimasuki habuk/pasir/batu kecil
(kebiasaanya lori2 besar akan membuatkan sisa2 kecil atau serpihan2 ini
berterbangan sehingga mata si penunggang motosikal menjadi sasaran. Oleh yang
demikian mata akan menjadi sakit dan juga boleh menganggu pandangan semasa
membonceng. Ini boleh bagi BAHAYA la kawan)

2. Asap Diesel
(selain asap ini merupakan punca utama pencemaran udara, ia juga boleh menyebabkan
kepala menjadi pening dan juga menganggu pernafasan)

3. Brek Mengejut
(kadangkala lori kalau dia drek habis la cerita, dah la tinggi tambah pula
dengan besi2 yang keras dan tayar nya yang besar..ish memang seram tengok)

haaa ini baru 3 saya kongsikan kenapa nak jugak memotong kenderaan jenis berat ini. Walaubagaimanapun sekarang ini saya dah dapat elak perbuatan merbahaya memotong lori atau kenderaan jenis berat ini..

Cara2 nya ialah ;
1. Guna helmet yang ada penutup muka
(maka pemandangan tidak terganggu dan boleh elakkan sebarang kejadian yang
tidak diingini. Disamping itu, mata pun tak sakit punyer kan..)

2. Guna penutup hidung
( bernafas pun selesa dan boleh la kita senyum2 selalu )

arrr senang kan hehe, jadi boleh la kita bawak motosikal perlahan-lahan dan tidak lagi merbahayakan diri sendiri serta kepada orang lain...
sama2 lah kita pandu perlahan, bak kata pepatah "biar lambat asal selamat"...

kepada yang terasa maaf yer,ini untuk kepentingan bersama
SABAR JAK/SABAR JER K...

No comments:

Post a Comment