Monday, October 24, 2011

Kisah Perasan dengan PC Keyboard

"Disebalik setiap "button" pada keyboard seperti A-Z, 0-9, insert, backspace, enter, ctrl. shift, windows, Alt, F1-F12 dan lain2 lagi"

Rasa-rasanya tidak semua yang perasan tentang penggunaan keyboard samada yang mengguna PC ataupun laptop..

Mungkin mudah bagi kita yang boleh melihat kepelbagaian jenis keyboard keluaran masa dulu sehingga sekarang. Namun sebenarnya kerana kelainan keyboard inilah yang menyebabkan kerumitan justeru menimbulkan satu masalah kepada mereka yang hidup tidak seperti kita iaitu kepada orang yang mempunyai masalah penglihatan ataupun orang buta.

Dunia sekarang semakin canggih terutamanya di alam sains pengkomputeran dan teknologi. Zaman kini sudah mula hidup dengan kemajuan alat teknologi yang canggih kerana adanya perisian ataupun software2 baru dan ia juga boleh didapati dengan mudah menggunakan internet serta CD's software.

Orang buta juga tidak ketinggalan dengan era moden masa kini kerana mereka sekarang boleh menggunakan komputer setelah adanya software seperti JAWS. JAWS sangat sinonim dengan mereka dan ia merupakan salah satu software yang banyak membantu untuk membuat kerja ataupun mengguna internet seperti orang lain juga. Walaupun mereka tidak dapat melihat gambar2 dan juga perkataan2 yang tertera di hadapan "screen", dengan adanya JAWS mereka boleh mengetahui apakah perkataan2 serta dapat mengenali "icon2" di hadapan screen.

Orang buta sekarang ini sangat memerlukan komputer bagi mereka membayar bil(elektrik/air/telefon/cukai rumah), menghubungi rakan2(skype/FB/twitter), email(yahoo/hotmail/gmail), mencari maklumat(pelajar2 dan guru2 buta), membaca cerita terkini(surat khabar online), dan banyak lagi.Mereka juga suka membaca apa jua yang orang "post" kan seperti dalam Facebook/twitter/Blog/ dan sebagainya. Pasal itulah golongan ini lebih banyak mengetahui perkembangan2, berita2, cerita2, kisah2, sejarah2 dan seumpamanya.

Walaubagaimanapun timbul satu masalah kepada orang buta pabila bertukarnya keyboard. Golongan ini biasanya menghafal setiap "button" pada keyboard seperti A-Z, 0-9, insert, backspace, enter, ctrl, shift, tap, caps lock, windows, Alt, F1-F12 dan lain2 lagi. Pabila mereka bertukar PC atau ke LAB lain maka di sinilah masalah akan timbul kerana kelainan dan perbezaan pada keyboard yang pelbagai keluaran ataupun pelbagai model oleh syarikat2 tertentu.

Oleh yang demikian mereka memerlukan seseorang yang celik untuk memberitahu setiap "button" pada keyboard yang baru bagi memudahkan mereka menghafalnya. Kalau nak diukurkan terlalu banyak perbezaan antara mereka dengan yang yang dapat melihat. Mungkin boleh dikatakan umpama 1:10 / 1 nisbah 10 masalah yang dihadapi oleh orang celik berbanding mereka. Secara tidak sedar mungkin lebih dari 10 masalah seharian yang lain dihadapi oleh golongan ini. Apa yang dikagumi ialah semangat mereka untuk mempelajari sesuatu dan juga mereka merupakan orang yang kuat kesabarannya.

kalau ada masa datanglah ke PUSAT ICT FOR THE BLIND iaitu
PUSAT ICT SALAM di Blind CTR, jln. Ong Tiang Swee..
diharap dapat mengenali mereka dengan lebih rapat disamping mengetahui kehidupan seharian yang mereka hadapi.

"SABAR JAK(BAHASA SARAWAK)"
"SABAR JER"

No comments:

Post a Comment