Wednesday, March 14, 2012

kerana 22 soalan lalu membuka jalan bagi mereka...

"kisah dialog antara seorang hamba yang bertanya kepada seorang pemuda"...
1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada delapannya,
8. lapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10.sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11.sebelas yang tiada dua belasnya,
12.dua belas yang tiada tiga belasnya,
13.tiga belas yang tiada empat belasnya.
14.Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15.Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16.Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya.?
18.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu?
19.Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan
api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20.Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yg diadzab dengan
batu dan siapakah yang terpelihara daribatu?
21.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22.Pohon apakah yang mempu-nyai 12 ranting, setiap ranting
mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan
dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut pemuda itu ter-senyum dengan
senyuman mengandung keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismillah
ia berkata,
1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

2. Dua yang tiada tiganya ialah malam dan siang. Allah SWT
berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda
(kebesaran kami).” (Al-Isra’:12) .

3. Tiga yang tiada empatnya adalah kekhilafan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur’an.

5. Lima yang tiada enamnya ialah shalat lima waktu.

6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ke-tika Allah SWT menciptakan makhluk.

7. Tujuh yang tiada delapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk:3).

8. lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman,”Dan malaikat-malaikat berada dipenjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa : tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang dan *

10.Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah ke-baikan. Allah SW berfirman, “Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

11.Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Yusuf.

12.Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah dari padanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).

13.tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Shubuh. Allah SWT ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir:18).

15. Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,”Wahai ayah
kami, sesungguhnya kami pergi berlomba-lomba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami,lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepadamereka, ” tak ada cercaaan ter-hadap kalian.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keledai. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapak dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.

19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT, “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 2Cool.

22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah shalat yang lima waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.

Tuesday, January 31, 2012

Disebabkan Arak...

kisah benar luahan seorang pemuda yang berusia 25 tahun(sekarang 27 tahun 2012).
dia ni orang biasa-biasa seperti orang lain juga, namun suka meminum arak sehingga mabuk. pendek katanya selagi tak mabuk selagi tu tak henti-henti minum arak.
pada satu masa pemuda ni dengan seorang rakan nya pergi memandu kereta di jalan raya yang sesak dan bawa kereta hummm bukan main laju lagi tu...ibarat kereta pun dapat dirempit nya. tak dapat dibayangkan kalau bawa kereta laju tambah pula gembira yang amat. tiba-tiba keadaan bertukar menjadi genting kerana keretanya masuk ke dalam parit yang besar dan merempuh 3 besi yang tajam sehingga cermin hadapan keretanya pecah berkecai. pemuda tersebut terus koma dan terlantar di hospital yang berdekatan. dikatakan matanya telah dimasuki oleh kaca cermin kereta dan dibedah selama 6 jam..matanya dibalut dengan kain dan dibuka sehingga seminggu, malangnya mata sebelah kiri tidak dapat berfungsi lagi. manakala mata kanan nya hanya boleh nampak sedikit sahaja. akhirnya pemuda ini didaftar sebagai orang kurang upaya penglihatan. fobianya pula takut untuk duduk di hadapan apalagi kalau kereta itu belok ke kanan dan ke kiri.

pengajaran ini amat bermakna kepada rakan-rakan di luar sana lebih-lebih lagi kepada yang suka minum arak sehingga mabuk atau berkhayal..
nasihat ini untuk sesiapa sahaja termasuk diri sendiri dan ahli keluarga saya yang biasa-biasa ini..
apa-apa pun MAAF KALAU TERASA DAN....
SABAR JAK K :)

Monday, October 24, 2011

Kisah Perasan dengan PC Keyboard

"Disebalik setiap "button" pada keyboard seperti A-Z, 0-9, insert, backspace, enter, ctrl. shift, windows, Alt, F1-F12 dan lain2 lagi"

Rasa-rasanya tidak semua yang perasan tentang penggunaan keyboard samada yang mengguna PC ataupun laptop..

Mungkin mudah bagi kita yang boleh melihat kepelbagaian jenis keyboard keluaran masa dulu sehingga sekarang. Namun sebenarnya kerana kelainan keyboard inilah yang menyebabkan kerumitan justeru menimbulkan satu masalah kepada mereka yang hidup tidak seperti kita iaitu kepada orang yang mempunyai masalah penglihatan ataupun orang buta.

Dunia sekarang semakin canggih terutamanya di alam sains pengkomputeran dan teknologi. Zaman kini sudah mula hidup dengan kemajuan alat teknologi yang canggih kerana adanya perisian ataupun software2 baru dan ia juga boleh didapati dengan mudah menggunakan internet serta CD's software.

Orang buta juga tidak ketinggalan dengan era moden masa kini kerana mereka sekarang boleh menggunakan komputer setelah adanya software seperti JAWS. JAWS sangat sinonim dengan mereka dan ia merupakan salah satu software yang banyak membantu untuk membuat kerja ataupun mengguna internet seperti orang lain juga. Walaupun mereka tidak dapat melihat gambar2 dan juga perkataan2 yang tertera di hadapan "screen", dengan adanya JAWS mereka boleh mengetahui apakah perkataan2 serta dapat mengenali "icon2" di hadapan screen.

Orang buta sekarang ini sangat memerlukan komputer bagi mereka membayar bil(elektrik/air/telefon/cukai rumah), menghubungi rakan2(skype/FB/twitter), email(yahoo/hotmail/gmail), mencari maklumat(pelajar2 dan guru2 buta), membaca cerita terkini(surat khabar online), dan banyak lagi.Mereka juga suka membaca apa jua yang orang "post" kan seperti dalam Facebook/twitter/Blog/ dan sebagainya. Pasal itulah golongan ini lebih banyak mengetahui perkembangan2, berita2, cerita2, kisah2, sejarah2 dan seumpamanya.

Walaubagaimanapun timbul satu masalah kepada orang buta pabila bertukarnya keyboard. Golongan ini biasanya menghafal setiap "button" pada keyboard seperti A-Z, 0-9, insert, backspace, enter, ctrl, shift, tap, caps lock, windows, Alt, F1-F12 dan lain2 lagi. Pabila mereka bertukar PC atau ke LAB lain maka di sinilah masalah akan timbul kerana kelainan dan perbezaan pada keyboard yang pelbagai keluaran ataupun pelbagai model oleh syarikat2 tertentu.

Oleh yang demikian mereka memerlukan seseorang yang celik untuk memberitahu setiap "button" pada keyboard yang baru bagi memudahkan mereka menghafalnya. Kalau nak diukurkan terlalu banyak perbezaan antara mereka dengan yang yang dapat melihat. Mungkin boleh dikatakan umpama 1:10 / 1 nisbah 10 masalah yang dihadapi oleh orang celik berbanding mereka. Secara tidak sedar mungkin lebih dari 10 masalah seharian yang lain dihadapi oleh golongan ini. Apa yang dikagumi ialah semangat mereka untuk mempelajari sesuatu dan juga mereka merupakan orang yang kuat kesabarannya.

kalau ada masa datanglah ke PUSAT ICT FOR THE BLIND iaitu
PUSAT ICT SALAM di Blind CTR, jln. Ong Tiang Swee..
diharap dapat mengenali mereka dengan lebih rapat disamping mengetahui kehidupan seharian yang mereka hadapi.

"SABAR JAK(BAHASA SARAWAK)"
"SABAR JER"

Sunday, October 23, 2011

Kisah Di Belakang Lori...

Kisah ini berlaku kepada penunggang motosikal.
Pada kebiasaannya pabila dibelakang lori akan terdetiklah hati untuk memecut dan memotong lori tersebut. ish ish ish tak sopan punyer kan, lagipun sangat merbahaya. Kalau dibelakang lori tersebut pun bahaya jugak, pasal tu la nak potong jugak..

Kenapa teringin sangat nak memotong lori tersebut,adakah kerana nak tunjuk kehebatan pemanduan motosikal?, ataupun adakah nak ajak lori itu berlumba?, ataupun nak tunjukkan kehebatan bunyi enjin/ekzosnya ???
Semua ini kurang logik sebab motosikal bukanlah jenis yang hebat2 nye pun..
kalau saya sendiri guna motosikal yang biasa2 punyer,tapi adalah jugak membuat aksi memotong lori2 yang besar...tapi tak baik kita ulangi...

Disebalik perbuatan ahli-ahli yang kepingin memecut dan memotong kenderaan jenis berat ini termasuk saya sendiri lah hehe ada sebabnya...

Nak tau sebabnye???
ada beberapa perkara saya berbuat sedemikian jeng jeng jeng ;
1. Mata dimasuki habuk/pasir/batu kecil
(kebiasaanya lori2 besar akan membuatkan sisa2 kecil atau serpihan2 ini
berterbangan sehingga mata si penunggang motosikal menjadi sasaran. Oleh yang
demikian mata akan menjadi sakit dan juga boleh menganggu pandangan semasa
membonceng. Ini boleh bagi BAHAYA la kawan)

2. Asap Diesel
(selain asap ini merupakan punca utama pencemaran udara, ia juga boleh menyebabkan
kepala menjadi pening dan juga menganggu pernafasan)

3. Brek Mengejut
(kadangkala lori kalau dia drek habis la cerita, dah la tinggi tambah pula
dengan besi2 yang keras dan tayar nya yang besar..ish memang seram tengok)

haaa ini baru 3 saya kongsikan kenapa nak jugak memotong kenderaan jenis berat ini. Walaubagaimanapun sekarang ini saya dah dapat elak perbuatan merbahaya memotong lori atau kenderaan jenis berat ini..

Cara2 nya ialah ;
1. Guna helmet yang ada penutup muka
(maka pemandangan tidak terganggu dan boleh elakkan sebarang kejadian yang
tidak diingini. Disamping itu, mata pun tak sakit punyer kan..)

2. Guna penutup hidung
( bernafas pun selesa dan boleh la kita senyum2 selalu )

arrr senang kan hehe, jadi boleh la kita bawak motosikal perlahan-lahan dan tidak lagi merbahayakan diri sendiri serta kepada orang lain...
sama2 lah kita pandu perlahan, bak kata pepatah "biar lambat asal selamat"...

kepada yang terasa maaf yer,ini untuk kepentingan bersama
SABAR JAK/SABAR JER K...